RELEGIUS & HUMANS REELIZATIONS SHIP ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشْكَوٰةٍۢ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ ٱلْمِصْبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ ۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌۭ دُرِّىٌّۭ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍۢ مُّبَٰرَكَةٍۢ زَيْتُونَةٍۢ لَّا شَرْقِيَّةٍۢ وَلَا غَرْبِيَّةٍۢ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِىٓءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌۭ ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍۢ ۗ يَهْدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ ۚ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْأَمْثَٰلَ لِلنَّاسِ ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌۭ
DETIK DETIK GMT 2016 indonesia
GERHANA MATAHARI TOTAL GMT 9 Maret 2019 dilihat dari Belitung Palu dan Jakarta
Ahlul Bait wasiat Rosululloh saw
Syayidina ali Ra dan husain serta masiat Rosululloh kepada Ali Ra
Ahmad berkata: ‘Umru bin Hafs dan Abu Nasr telah memberitahu
kami daripada Muhammad bin al-Haitham daripada Ishaq bin Najih daripada Husaib
daripada Mujahid daripada al-Khudri berkata: Rasulullah s.a.w telah berwasiat
kepada Ali a.s dan bersabda: Wahai Ali, apabila pengantin perempuan memasuki
rumah anda, maka cabutlah kasutnya ketika beliau duduk dan basuhlah dua
kakinya. Curahkan air dari pintu rumah anda ke pintu yang paling jauh, kerana
apabila anda melakukannya, Allah akan mengeluarkan dari rumah anda tujuh puluh
bahagian kefakiran dan memasukkan tujuh puluh bahagian keberkatan dan
menurunkan ke atas anda tujuh puluh rahmat dibentangkan ke atas pengantin
perempuan sehingga dia mendapati keberkatannya di setiap penjuru rumah anda. Ia
juga aman daripada penyakit gila, penyakit kusta dan balar selama berada di
rumah tersebut. Tegahlah pengantin perempuan di dalam minggu pertamanya
daripada empat perkara: Susu, cuka, ketumbar dan buah epal yang masam.
Ali a.s berkata: Wahai Rasulullah! Apakah sebab utama empat
perkara tersebut ditegah? Baginda s.a.w bersabda: Kerana rahim menjadi mandul
dan sejuk daripada anak dengan perkara-perkara tersebut. Tikar di sudut rumah
itu adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak beranak.
Ali a.s berkata: Wahai Rasulullah! kenapakah cuka ditegah?
Baginda s.a.w bersabda: Apabila perempuan datang haid selepas memakan cuka,
maka haidnya tidak akan bersih dengan sempurna. Ketumbar akan membinasakan haid
di perutnya dan menyukarkannya bersalin. Epal yang masam pula akan memutuskan
haidnya dan akan menimbulkan penyakit kepadanya.
Kemudian Baginda s.a.w bersabda: Wahai Ali, janganlah anda
bersetubuh dengan isteri (la tujami’ imra’ata-ka ) pada awal bulan, pada
pertengahan bulan dan pada akhir bulan kerana akan menyebabkan gila, kusta dan
balar cepat menghidapinya dan anaknya
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda
selepas zuhur, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, maka matanya akan
menjadi juling (ahwalu). Syaitan akan bergembira dengan orang yang bermata juling.
Wahai Ali, janganlah anda bercakap-cakap ketika bersetubuh,
kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi bisu, dan
janganlah anda melihat kepada kemaluan perempuan anda, pejamkan mata anda
ketika bersetubuh, kerana ia akan mewarisi buta kepada anak anda.
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda
dengan syahwat perempuan, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan
menjadi khunsa yang hina.
Wahai Ali, jika anda di dalam keadaan berjunub di atas
tempat tidur anda, maka janganlah anda membaca al-Qur’an, kerana aku takut api
akan turun dari langit dan membakar kamu berdua.
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda
melainkan anda mempunyai kain (khirqah) dan isteri anda mempunyai kain yang
lain, janganlah kamu berdua menyapunya dengan satu kain. Apabila syahwat akan
bertemu syahwat maka ia akan membawa kepada perpisahan dan perceraian.
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda di
dalam keadaan berdiri, kerana itu adalah perbuatan keldai, jika kamu berdua
mendapat anak kelak, ia akan kencing di atas tilam seperti keldai yang kencing
di setiap tempat.
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda pada
malam raya puasa, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan mungkir
janji dan dia kelak akan mendapat anak pada usia yang tua.
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda pada
malam Raya Korban, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, aku takut ia
akan mempunyai enam atau empat jari.
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda di
tengah kepanasan matahari melainkan anda membentangkan tabir, kerana jika kamu
berdua mendapat anak kelak, maka ia akan berada di dalam kesengsaraan dan
kefakiran sepanjang hidup.
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda di
bawah pokok yang berbuah, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan
menjadi keras kepala dan pembunuh.
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda di
antara azan dan iqamah, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan
mengalirkan darah.
Wahai Ali, jika isteri anda hamil, maka janganlah anda
bersetubuh dengannya melainkan anda berwuduk, kerana jika kamu berdua mendapat
anak kelak, ia akan menjadi buta hati dan tidak mahu memberi pertolongan kepada
orang lain.
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda pada
pertengahan bulan Sya’ban (nisf al-Sya’ban), kerana jika kamu berdua mendapat
anak kelak, ia akan menjadi lebam di mukanya.
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda pada
akhir bulan (iaitu dua hari dipenghujung bulan) kerana jika kamu berdua
mendapat anak kelak, ia akan menjadi papa kedana.
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda
dengan syahwat saudara perempuan isteri anda, kerana jika kamu berdua mendapat
anak kelak, ia akan menjadi perompak, penolong kepada orang yang zalim atau
pembinasa manusia yang ramai.
Wahai Ali, apabila anda bersetubuh dengan isteri anda, maka
bacalah: Wahai Tuhanku! Jauhilah aku daripada syaitan dan jauhilah syaitan dari
apa yang Engkau kurniakan kepada aku” jika kamu berdua mendapat anak kelak,
syaitan tidak dapat memudaratkannya.
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda di
bawah bumbung binaan (bukan rumah), kerana jika kamu berdua mendapat anak
kelak, ia akan menjadi munafik, mahu menunjuk-nunjuk dan melakukan bid’ah.
Wahai Ali, jika anda keluar musafir, janganlah anda
bersetubuh dengan isteri anda pada malam itu, kerana jika kamu berdua mendapat
anak kelak, ia akan membelanjakan hartanya tidak pada tempatnya. Rasulullah
s.a.w membaca Surah al-Isra’ (17):27 ” Sesungguhnya pemboros-pemboros itu
adalah saudara-saudara syaitan.”
Wahai Ali, jika anda keluar musafir tiga hari dan tiga
malam, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda, kerana jika kamu berdua
mendapat anak kelak, ia kan membantu kepada orang yang zalim.
Wahai Ali, bersetubuhlah dengan isteri anda pada malam
Isnin, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjaga kitab Allah
dan reda dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya.
Wahai Ali, jika anda bersetubuh dengan isteri anda pada
malam Selasa dan kamu berdua mendapat anak, ia akan mati syahid selepas
syahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Pesuruh-Nya.
Dia tidak akan diseksa oleh Allah bersama-sama musyrikin. Bau mulutnya menjadi
harum bersih lidahnya daripada mengumpat dan pembohongan.
Wahai Ali, jika anda bersetubuh dengan isteri anda pada
malam Khamis dan jika kamu berdua mendapat anak, ia akan menjadi bijak atau
alim dan jika anda bersetubuh dengan isteri anda ketika matahari condong dan
mendapat anak, syaitan tidak akan mendekatinya sehingga dia beruban. Dia akan
menjadi seorang fakih. Allah akan mengurniakan kepadanya keselamatan dunia dan
akhirat.
Jika anda bersetubuh dengannya pada malam Jum'at dan
mendapat anak, ia akan menjadi seorang khatib dan pandai berbicara. Jika anda
bersetubuh dengannya pada hari Jum'at selepas asar dan kamu berdua mendapat
anak, ia akan menjadi seorang yang terkenal dan alim. Jika anda bersetubuh
dengannya pada malam Jum'at selepas Isya’ akhir, adalah diharapkan anak anda
kelak menjadi salah seorang abdal Insya’ Allah.
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda pada
awal jam malam, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi
tukang tenung dan tukang sihir, cinta kepada dunia daripada akhirat. Wahai Ali,
hafazlah wasiat aku ini sebagaimana aku telah menghafaznya daripada Jibrail
a.s.
KAJIAN RUTIN IHYA' ULUMUDDIN 1 OKTOBER 2014
o
Kecelakaan bagi orang yang berkata tapi tidak melaksanakan (Gajah diblangkoni)
Kecelakaan bagi orang yang berkata tapi tidak melaksanakan (Gajah diblangkoni)
analisa usaha tanam jagung
ANALISA USAHA TANAM JAGUNG MUSIM TANAM KEMARAU 2015
jagung sa adinata 999 lahan satu kotak 1499 M2 tanam musim kemarau 2015 | ||||
juli | 10 | 22 | ||
agust | 31 | |||
sept | 30 | |||
okt | 31 | |||
nov | 114 | hst | ||
ANALISA HASIL USAHA TANAM JAGUNG ADINATA SA 999 BENIH DARI SAMPURNA | ||||
hasil produksi jagung | 723 | Rp 3,600.00 | Rp 2,602,800.00 | |
biaya | ||||
benih | 3 | 65000 | Rp 195,000.00 | |
pupuk urea za ponska | 3 | 105000 | Rp 315,000.00 | |
btk palir | 8 | 25000 | Rp 200,000.00 | |
BTk gejik | 6 | 25000 | Rp 150,000.00 | |
Btk. Ipuk | 12 | 25000 | Rp 300,000.00 | |
Btk ngabuk | 6 | 25000 | Rp 150,000.00 | |
Btk unduh | 12 | 25000 | Rp 300,000.00 | |
solar x pengairan | 12 | 45000 | Rp 540,000.00 | |
pupuk kandang | 25 | 5000 | Rp 125,000.00 | |
pembersihan pasca panen | 4 | 25000 | Rp 100,000.00 | |
total biaya | Rp 2,375,000.00 | |||
laba/rugi usaha | Rp 227,800.00 | |||
CATATAN | ||||
benih kurang bagus tumbuhnya | ||||
waktu tumbuh dimakan ulat | ||||
biji jagung kecil-kecil sedangkan janggelnya besar | ||||
waktu buah banyak sandangnya sampai satu buah ada 2-4 sandang | ||||
saran tidak perlu diulangi lagi kembali ke bisi 2 atau jenis yang lain | ||||
Langganan:
Postingan (Atom)
PENGHARGAAN
SEJARAH PRESIDEN RI
SEJARAH REPUBLIN INDONESIA LINK YOTYBE SEJARAH INDONESIA i. SUKARNO https://www.youtube.com/watch?v=zfADyxco8xc ii. ...
-
Dhurriyat / Nasab Penulis MOHAMMAD AZHARI, S.Sos,MM Nama Lahir : KHOTAMIN (KATEMIN) Oleh mhah saya di ganti MOMAMMAD AZHARI Disingkat MO...
-
Rencana Pernikahan Putri Kami : MAULADAH USWATUL KHASANAH, Amd.Ak, S.M Dengan ROVOCO ROSANDI, Amd.p.j, S.M Direncanakan akan digelar b...
-
malam 23 romodhon 1438 h selatan masjid tegalsari 23 romadhon 1438 h menara masjid tegal sari proses pembangunan 60 % ...